Cari Blog Ini

Perniagaanku..Klik LIKE sebagai sokongan anda kepada saya

Jumaat, 25 Mac 2011

AKU SUKA DUGAAN

Salam semua..Alhamdulillah bertemu kita lagi dalam AKU SUKA..Kali ni AKU SUKA nak Kongsikan sebuah kisah yang menarik yang boleh kita FIKIR-FIKIRkan.



AKU SUKA diduga oleh ALLAH S.W.T dengan pelbagai dugaan..macam2 DUGAAN Mendatang..kadang2 down jugak ng dugaan nie..APA yang motivasikan AKU untuk kuat kembali?? Haaaa..kisah nie menarik untuk kita renung2kn dan motivasikan diri..

PADA ZAMAN bila tah..aku pn xtaw..hahaha..sebab nie cerita..hahaha..ADA seorang RAJA namanya AKU pn xtahu..dia ada seorang penasihat..AKU pn xtahu gak..APA YANG AKU TAHU ni??hahaha..AKU SUKA la nak tahu ka x??hahahaha..

RAJA : Wahai penasihat..Beta teringin nak makan EPAL..tolong carikan BETA sebiji EPAL..

PENASIHAT : Baik Tuanku..

Maka penasihat pn pergi dapatkan EPAL..(dapat mana pn xtahu)..
PENASIHAT : Ini dia EPALnya TUANKU..nanti patik hidangkan..

RAJA : XPERLU hidangkan..Bagi pisau kepada BETA..biar beta merasai NIKMAT mengupas KULIT EPAL ini sendiri..LEBIH sedap makan begitu..

PENASIHAT : Baik tuanku..

TIBA2 dalam keasyikan RAJA tersebut mengupas EPAL..pisau yang tajam itu terkena jari RAJA.. AKIBATNYA terputus jarinya..APA Lagi..riuh rendah laa ISTANA..

RAJA : CIS..celaka EPAL..sebab EPAL Nie laa Jari BETA putus..

MURKA sungguh RAJA tadi..yaa laa JARI putus 2..Lalu di tanya kepada PENASIHAT RAJA terbabit..

RAJA : PENASIHAT..apakah ini semua??adakah ADA bala yang akan mendatang??APAKAH ini tanda2nya??
PENASIHAT : SABAR tuanku, setiap sesuatu pasti ada HIKMAHNYA..

RAJA : APA kau cuba mempersendakan BETA..JARI beta putus nie..

PENASIHAT : ADA HIKMAHNYA TUANKU..

RAJA : CIS xguna kau..persendakan BETA..pengawal Tangkap dia..HUMBAN DIA di penjara dibawah TANAH..

MAKA penasihat tadi pn di humban ke penjara..KEMUDIAN si RAJA tadi datang melawat si PENASIHAT..

RAJA : Haahh..padan muka kamu sekarang..rasakan hukuman ini kerna persendakan beta..


PENASIHAT : ADA HIKMAHNYA TUANKU..PASTI..

RAJA : CISS..xguna..

RAJA pun pergi meninggalkan penasihat  dengan muka yang marah..SATU hari..RAJA ini ingin pergi keluar memburu di HUTAN..selalunya RAJA akan membawa PENASIHAT nya bersama..TAPI kini TIDAK lagi..RAJA MEMBAWA PENGAWAL2 dan PEMBESAR2 bersama..

TIBA disatu tempat di dalam HUTAN..tiba2 ROMBONGAN mereka diserang hendap..RAJA tertangkap dan semua pingiringnya LARI meninggalkannya..Alangkah MALANG NASIB si RAJA..

PUAK yang menangkap RAJA tersebut hendak menjadikan si RAJA sebagai sembahan tuhan mereka.. RAJA di ikat di sebatang kayu dan akan di BAKOR utk sembahan TUHAN mereka..

SEBELUM upacara bermula..datang TOK BATIN memeriksa SI RAJA..TOK BATIN berkenaan memeriksa seluruh anggota badan si RAJA..tiba2..

TOK BATIN : BATAL2..kita xboleh sembahkan dia..DIA Xsempurna..
Keadaan menjadi hinggar binggar..
BAKOR2..KITO BAKOR JE

TOK BATIN : DIA tidak sempurna..JARINYA kudung..TUHAN kita pasti marah jika kita KORBANKAN dia..

JADI raja td dibebaskan..DI pendekkan cerita..RAJA terus pergi berjumpa dengan PENASIHAT beliau yang diKURUNG tadi..

RAJA : Wahai PENASIHAT..betuk kata kamu yang ADA HIKMAHNYA JARI beta kudung..
RAJA menceritakan semuanya kepada PENASIHAT..

lalu PENASIHAT berkata

PENASIHAT : SETIAP sesuatu tu ADA HIKMAHNYA..Patik di kurung di dalam KURUNGAN ini pon ada HIKMAHNYA..

RAJA : kena KURUNG pn ada HIKMAHNYA ka??

PENASIHAT : ya tuanku, Kalau patik xda disini..pasti patik sudah mati..

RAJA : Kenapa??

PENASIHAT : ya la tuanku..patik selalu dengan tuanku..pasti patik juga akan turut DITANGKAP oleh Puak di hutan 2..PASTI patik yang akan dijadikan KORBAN menggantikan TUANKU..patik sempurna..xda cacat celananya..

RAJA : Btul2..TIAP2 SESUATU PASTI ADA HIKMAHNYA..

BEGITULAH kisah teladan yang AKU SUKA kongsikan dengan semua..MORAL of the story..Jangan rasa SETIAP benda buruk itu musibah..pasti ada HIKMAH baik disebaliknya..Dari cerita nie..kita dapat lihat JARI PUTUS dan DI KURUNG di penjara pon ada HIKAMHNYA..Bersihkan hati dan pandanglah dengan HATI yang SUCI..pasti anda akan nampak HIKMAHNYA..cuba renungkan..

ALLAH SWT tidak akan sesekali menzalimi makluknya..pasti ada perkara baik yang DIA nak bagi kat kita..AKU SUKA DUGAAN ALLAH..itu tanda ALLAH syg akan kita..INSHAALLAH..

ALLAH SUKA..RASULULLAH SUKA..AKU SUKA..

Rabu, 23 Mac 2011

AKU SUKA NAK BAGI TIPS BUAT DUIT

Salam semua..bertemu lagi kita..kini disini AKU SUKA berkongsi dengan kalian semua mengenai tips mudah menjana pendapatan..

Percaya atau tidak..marilah baca..TIPS ini AKU SUKA kongsikan dengan korang semua setelah aku dengar dan aku saksikan..

AKU SUKA kekayaan..selalu impikan kekayaan..aku nak mencari cara mendapatkan KEKAYAAN..lalu AKU SUKA bertanya dengan seorang USTAZ..USTAZ macam mana nak KAYA ni USTAZ..USTAZ pn bgtau aku itu dan ini..Amalkan itu dan ini..

Hurmmmmm..terdetik di HATI kecilku..USTAZ pon naik KANCIL ja..tak KAYA pon..SUBHANAALLAH.. Lantas AKU diketemukan dengan SEORANG Businessman..AKU jumpa dia DI MEKAH dulu..kami sama2 naik satu TEKSI masa nak pergi ke tanah HALAL nak niat UMRAH..

AKU SUKA kongsikan namaya sebagai SYED..peribadinya sangat baik masa aku bertemunya di MEKAH..Lantas di MALAYSIA aku menghubunginya..AKU SUKA berbual dengan dia..aku bertemunya di USJ..kedai MAMAK berhampiran..dengar sahaja USJ dah tau dah dia mesti KAYA..

SEKALI dia datang NAIK BMW daaa..orangnya sangat rendah diri..baik sangat..AKU SUKA bertanya padanya..apakah rahsia kejayaannya..TERKEJUT aku apabila TIPS yang diberikan sama sahaja dengan APA yang USTAZ berikan..SUBHANAALLAH..

Ini membuktikan yang REZEKI semua di tangan ALLAH..dia yang memberi segala-galanya..hebatkan..BERBALIK kepada TIPS-TIPS tadi..apa TIPS nya ya..mari AKU SUKA kongsikan disini..

Di petik dari http://ohislam.com/petua-murah-rezeki/

Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:

1. Menyempatkan diri beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu. (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.: “Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)
3. Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.: “dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)




4. Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang.Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya: “(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)

5.Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda: “Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani,al-Asybahani dan al-Hakim) Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.: “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.: “Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)

7. Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.: “Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)

8. Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.




9. Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata: “Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.

10. Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11 . Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda: “Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)


12. Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda s.a.w. bersabda: “Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13. Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad- Daruquthni dari Anas r.a.)

14. Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah

15. Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16. Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7). Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)

17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjernihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.
Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki. Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya `Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.

18. Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19. Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim). Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20. Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah. Firman-Nya: “Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya).” (At-Thalaq: 3) Nabi s.a.w. bersabda: “Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at- Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)
Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3) Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah , lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

ini lah dia TIPS-TIPS yang AKU SUKA kongsikan..
ALLAH SUKA..RASULULLAH SUKA..AKU SUKA...

AKU SUKA SEJARAH

Sewaktu di sekolah menengah, kita sering mempelajari sejarah tentang kehidupan manusia yang dahulu sebelum kita. Sejarah menjadi teladan penting untuk diterapkan nilai-nilai murni seperti patriotisme ke dalam minda remaja. Bak kata pepatah, kita harus berpaling ke belakang sebelum terus maju ke hadapan supaya kita dapat mengambil iktibar dari peristiwa dahulu.

Antara topik pertama yang sering diajar dalam subjek sejarah ialah PRA-SEJARAH TAMADUN MANUSIA. Ya, seperti yang diajarkan kepada kita, zaman manusia bermula dengan zaman batu. diikuti zaman gangsa, besi da sebagainya. TETAPI dalam masa yang sama, kita juga belajar 25 zaman nabi kita, yang juga setiap nabi mewakili setiap kaum yang dipimpin di dalam subjek Pendidikan Islam. Dan setiap kaum yang dipimpin juga mempunyai TAMADUN yang tersendiri. Mereka dikurniakan harta-benda yang banyak, kemasyuran, kekayaan dan juga termasuk teknologi sains pada zaman tersebut. Tetapi oleh kerana kekufuran, keangkuhan dan keingkaran kepada ajaran nabi yang diutuskan menyebabkan semua ketamadunan itu dihapus dalam satu malam sahaja. Kalau difikirkan kembali tentu anda terasa pelik, kerana dalam sejarah yang kita belajar, semuanya bermula dari zaman batu, dimana manusia tidak tahu apa-apa, jahil dan juga tidak bertamadun, padahal dalam al-Quran sendiri menyebut nabi Nuh telah membina bahtera kapal yang besar, Kaabah telah wujud pada zaman nabi Adam dan kaum firaun pada zaman nabi Isa juga telah berjaya membina piramid yang besar!!!...



Bahtera Nabi Nuh yang ditemua di Ararat, bukti kemampuan teknologi manusia....














DAN INI


  Kewujudan piramid, bukti teknologi pembinaan, zaman manusia pada masa lampau....
DAN JUGA INI.....


Kaabah telah wujud pada zaman Nabi Adam lagi dan al-Quran juga membuktikan bahawa Nabi Adam juga sudah pandai berkata-kata dan berkelakuan seperti kita...
Semua bukti ini adalah paling kukuh, dan tidak boleh dipertikaikan sama sekali oleh manusia terutamanya umat Islam sendiri. Dan adakah manusia zaman batu boleh membina seperti gambar di bawah ini??



Persoalanya disini, adakah nabi Adam diturunkan oleh Allah sehina ini?? Walhal, Allah telah mengajarkan ilmu yang tidak pernah diajarkan pada makluk-makluk lain.


Sebenarnya, zaman batu TAK PERNAH WUJUD!!!, zaman gangsa hanya DOGENG.....sebelum ini, tanyalah sesiapa pun tentang zaman pra-sejarah, mesti akan jawab zaman dogeng ini....tetapi sebenarnya kita semua telah ditipu bula-bulat,, kita ditipu sehingga hampir seluruh dunia mempercayainya...Inilah penipuan sejarah yang paling besar dalam tamadun manusia!!! 

Anda mesti nak tahu, siapakah dalang di sebalik penipuan sejarah ini.. Inilah dia Charles Darwin dan penyokong teori evolusi...





Sebagai umat Islam, kita sepatutnya mengkaji sesuatu sejarah perlulah berdasarkan al-Quran, bukan sekadar mengkaji dari sudut sains semata-mata. Kerana akal manusia juga mempunyai batasnya dan sedangkan al-Quran merupakan kalam Allah, yang tiada cacat celanya... Tujuan al-Quran menceritakan semua kisah-kisah kaum terdahulu ialah untuk memberi iktibar kepada kita. dan kita seharusnya mengambil iktibar daripadanya...Dan, pembohongan ini juga patut menjadi iktibar kepada kita!!!

p/s : Kredit kepada http://fieezsp.blogspot.com/..di petik bulat2 dari blog beliau..

AKU SUKA VIDEO NI

AKU SUKA IKAN KEMBUNG

Peristiwa berlaku xla lama sangat..Berdasarkan kisah benar..Kisah AKU SUKA sendiri..Zakat..apa itu zakat??zakat 2 bayar kat pejabat zakat la..apa lagi..alaa kita muda lagi..baru grad..mana la nak kna Zakat..Gaji pon Ciput ja..Tahap kemiskinan tegar dah nie..hehehe

Aku pulak..dah ada business..alhamdulillah pendapatan tu boleh laa..aku blikan mak aku Peti Ais..TV..dan macam2 lagi..kira ok laa..Tapi apa cerita yang nak dikongsikan ni??IKAN KEMBUNG??haha..

AKU sering merasakan yang aku xcukup jaa duet dalam poket nie..duet sentiasa jaa ada yang nak kna guna..Masa kerja dulu..tunggu 25 hbln..gaji masuk..sebelum gaji macam2 laa rancangnya..baek jaa.. Dapat2 gaji..tiba2 ada ja benda nak kna bayaq..bayaq keta rosak la..insuran la..bayaq road tax la..kadang2 benda2 pelik2 yang xpernah jangka nak kna keluar duet..


ARGHHHHH,,abis duet..xdan nak berbahagia ng duet yang dapat tu..aku dapat payment dari client..abis macam 2 ja kadang2..xtaw laa..macam ada yang xkena..apa yang xkenanya..aku ni berniaga..nak kata untung banyak xda laa..tapi aku banyak ja sedekah sana sini..itu ini..

Apa lagi yang xkena nie..AKU SUKA termenung memikirkan..sahabat aku ada berpesan kepada aku..cuba CHECK balik apa yang xkena dalam hidup kita..rupa2nya ZAKAT yang aku kata aku kna bayar ni lah kot puncanya..knapa aku kata aku xkna bayar??ya laa AKU bukan kaya pon..dapat payment aku belanja2 yang perlu2 habis macam 2 jaa.xda simpan2 pn..Kredit ng Debit lebey kurang jaa..

AKU SUKA bertanya..jadi AKU tanya USTAZ IBRAHIM..Imam di masjid dekat rumah aku..cerita bermula.


AKU : Ustaz2 Zakat nie dikenakan keatas siapa ya??

USTAZ : Kepada sesiapa yang ada harta, buat perniagaan, kerja dan lain (aku tak ingat sangat penjelasan      ustaz..hehehe)

AKU : Macam ni Ustaz..saya ada perniagaan..Tapi nak kata mewah 2 xda la sangat..kira tutup akaun kunci kira2 2 Kredit dengan debit sama banyak laa..hehee)


USTAZ : Business xda UNTUNG ka??

AKU : Ada Ustaz..tapi tu la..abis saya beli Kereta..Saya Beli TV, Peti Ais, dan bla3..buat rolling2 menega..bayar itu ini..kira cukup2 makan jaa laa USTAZ..

USTAZ : Oh kiranya ada UNTUNG la nie..haaa..Tapi untung tu belanja semua2 kan..abis la akhirnya..btul x??

AKU : Btul 2 USTAZ..

USTAZ : Macam nie..setiap Keuntungan tu wajib dikeluarkan zakatnya..Sebab apa??Islam mengajar kita yang KEUNTUNGAN itu untuk dikongsi.. Ala bukan banyak pon..2.5 % ja dari UNTUNG..

AKU : Ya ka USTAZ..saya xbayar ZAKAT dah 3 Tahun nie..Sejak awal saya buat BUSINESS lagi..

USTAZ : Xpa macam nie..cuba kira btul2 berapa yang UNTUNG??

Aku kira2 dekat RM1k kena bayar ZAKAT..tapi masa tu aku ada RM 1.5k ja..Kebetulan plak ROAD TAX keta aku pon mati..penting nie..ROAD TAX nie mau jugak dalam RM 700 nie..hurm..macam mana nie..


AKU pn cerita kat USTAZ situasi aku..

USTAZ : Kalau kita nak pergi memancing..nak mancing IKAN PUYU..apa umpan kita guna??

AKU : KATAK atau CACING kot..

USTAZ : MAHAL atau MURAH umpan tu..tangkap sendiri pon boleh kan??

AKU : Ya..btul tu USTAZ..

USTAZ : Ok kalau kita nak memancing ikan besar,sedap dan mahal sket..contoh kita pergi laut..nak memancing ikan tenggiri..apa UMPAN kita guna..

AKU : Tah..Ikan KEMBUNG kot..hehe

USTAZ : YA ikan KEMBUNG..IKAN KEMBUNG yang macam mana kita nak guna??Mestilah yang segar2..yang cantik2..kilat2..besar2..yang kita tengok pn teringin..

AKU : Ya2..

USTAZ : IKAN KEMBUNG tadi..kita campak ke LAUT macam 2 ja ng kail..tapi tengok apa hasilnya..kita dapat ikan tenggiri..BESAR dan lebih sedap dari IKAN PUYU tadi..Nampak x?? Hebatnya NIKMAT dan RAHMAT allah..Samalah macam ZAKAT..kita keluar ZAKAT lagi banyak pasti lebih melimpah ruah lah REZEKI kita..HEBATkan..

AKU : Betul 2 USTAZ.. (Dalam hati aku kuatkan untuk keluarkkan RM1k sebagai Zakat aku) AKU SUKA IKAN TENGGIRI..aku modalkan IKAN KEMBUNG..

USTAZ : Ok..baguslah macam 2..

Baki duit aku ada RM 500 ja nie..macam mana nak bayar ROAD TAX keta nie..xcukup..tapi keta nak guna..so aku pn suruh abg aku bayarkan..xcukup bley suh dia TOPUPkan.. Tapi dengan kuasa ALLAH..ROAD TAX keta aku tiba2 jaa jadi 400 lebey jaa.

YA ALLAH..bertapa hebat kuasa mu..Kini kehidupan aku lebey tenang..perasaan dan rasa duet xcukup 2 dah tiada lagi..ada jaa REZEKI..maka marilah kita menunaikan ZAKAT..kerna ZAKAT menyucikan harta dan Membersihkan PENDAPATAN kita..

Ingat kita yang kerja MAKAN GAJI juga kena bayar ZAKAT..bersihkan pendapatan kita.. Kita di BAYAR gaji Untuk bekerja..sebagai contoh 8 jam sehari..TAPI..Adakah 8 JAM 2 kita kerja tanpa henti??xkan xbaca paper ka??maen facebook ka..ngulat ka ngular ka sket2..hehehe..

Mana keberkatan rezeki kita klo kita dibayar untuk bekerja..tapi kita xkerja??berZAKATlah..kerna ZAKAT menyucikan dan membersihkannya..Pasti anda akan rasa lebih tenang jika anda TUNAIKAN rukun ISLAM ini..INSHAALLAH..

INGAT!!ZAKAT boleh bayar BILA2 masa..BUKAN ZAKAT FITRAH yang kita bayar bulan posa 2..
ALLAH SUKA..RASULLULLAH SUKA..AKU SUKA..

p/s : cerita ini diolah dan dicantikan sedikit bagi memberikan lebih pemahaman dan DRAMA..hehehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...