Cari Blog Ini

Perniagaanku..Klik LIKE sebagai sokongan anda kepada saya

Rabu, 13 April 2011

AKU SUKA KREATIF

Salam semua..


AKU SUKA selalu dengar perkataan creative atau kreatif..wahh kira bagus spa2 yang kreatif ni.. kalau kerja pasti BOS SUKA la..kalau sekolah pasti CIKGU SUKA.. TAPI sedarkah kita bahawa Syaitan Juga makin kreatif sekarang..

Kalau dulu syaitan menyerang manusia dengan keras dan kasar..MELARANG manusia dari melakukan amalan2 dan IBADAH kepada ALLAH S.W.T. Kini syaitan2 lebih kreatif..apa yang kreatifnya??SYAITAN kini xhalang dari kita nak buat baek..tapi diganggunya amalan kita..

CONTOHNYA kita nak Tutup aurat..dia xhalang kita TUTUP AURAT..cuma dia mintak kita bukak sket aurat 2..so kiranya AMALAN kita tetap tidak sempurna..KREATIF kan??

VIDEO dibawah ini AKU SUKA kongsikan untuk RENUNGAN BERSAMA bagaimana syaitan itu kreatif..





AKU SUKA Renungkan bersama apa kreativiti syaitan dalam mengganggu hidup KITA..

ALLAH SUKA..RASULULLAH SUKA..AKU SUKA..

AKU SUKA CERITA NIE

HAri ni timbul perasaan terleka dengan keasyikan dunia..AKU SUKA leka mengejar dunia..AKU SUKA search internet. dalam google mengenai kisah SAKLABAH..tiba-tiba ada satu blog menceritakan mengenai pengalaman hidup pengarangnya..

DISINI..AKU SUKA KONGSIKAN..
Duit RM1.00 di telapak tangan, saya genggam kemas. Untuk membeli minuman pun belum tentu lepas. Kebetulan malam itu saya sangat-sangat lapar. Lalu tanpa hala tuju yang jelas, saya singgah sebentar di sebuah surau berdekatan rumah sewa untuk menunaikan solat isyak. Tahun itu 1998, ketika saya masih bujang.
“Apalah yang boleh dibuat dengan duit ini…?” kata hati, sambil tangan terus memasukkan wang itu tadi ke tabung surau. Ya, lebih baik bersedekah dan belajarlah bersabar menahan sengsara.
Cuba-cubalah selami, orang yang tak punya harta, kata naluri kecil. Bayangkanlah perasaan bila menatap wajah si kecil yang sentiasa menanti kepulangan ayah bonda dengan buah tangan, aneka kuih, lauk pauk atau alas perut yang sebenarnya tidak pernah kunjung tiba dan hanya mimpi semata-mata.
Teringat sebuah rancangan televisyen, ketika wartawan menemubual seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun, daripada keluarga susah dan daif.
“Jika ada duit, adik nak makan apa?” tanya wartawan wanita itu tentang hasrat dan cita-cita sikecil itu jika punya cukup belanja.
“Roti canai…” jawab kanak-kanak ini tersekat-sekat dengan wajah yang menunduk malu. Pilu rasanya, bayangkan makanan bernilai 70 sen ketika itu pun tidak mampu dibeli. Biarlah malam ini saya merasa pula.
Selesai solat, saya kembali ke rumah sewa, tempat tinggal bersama tujuh rakan yang lain, yang masing-masingnya tidak ada di rumah.
Tidur untuk menahan lapar
Saya pun melabuhkan tubuh di atas lantai ruang tamu, sambil cuba memejamkan mata. Tidur, jalan terbaik menahan lapar kata hati lagi.
Hati memujuk diri sambil sesekali berdoa, agar hari esok akan lebih baik daripada hari ini. Moga ujian ini tidak berpanjangan dan penghapusan dosa dan kesalahan saya selama ini.
Tiba-tiba selang beberapa minit, pintu rumah diketuk bertubi-tubi.
“Nah, kami teringat kat Azamin, saja beli nasi goreng lebih,” kata jiran, sepasang suami isteri beranak dua kepada saya sambil menghulurkan bungkusan makanan itu.
Setelah rapat menutup pintu, air mata saya tumpah. Terharu yang amat. Rasa kerdilnya diri. Bagaimana Allah telah menyelamatkan saya malam itu…hanya kerana secebis doa dan sedekah yang secubit cuma.
Benarlah kata orang dan ahli agama, bersedekahlah, nescaya dirimu diganjar Allah. Jika tidak di dunia, akhirat kelak, saham kita akan bercambah-cambah.

ALLAH SUKA..RASULULLAH SUKA..AKU SUKA..

kredit kepada pengarang blog

Isnin, 4 April 2011

AKU SUKA AKU

Salam semua.. alhamdulillah dapat juga AKU SUKA menulis BLOG kembali..lama dah AKU xbrani nak tulis blog.. Takut rasanya.. AKU SUKA rasa seolah-olah AKU HANYUT dengan hal-hal dan URUSAN dunia yang xpernah habis..

AKU SUKA rasa diri ini xcukup baek untuk berada disini..mnceritakan hal-hal ketuhanan..AKU SUKA sering kali bercakap pasal hal-hal keagamaan..Hal-hal ISLAM..tapi bila kita cermin kembali diri kita siapa AKU..

Astagfirullahhalazimm...AMPUNkn DOSA ku YA ALLAH..

KITA SUKA bercakap hal-hal Kelemahan ORANG ISLAM, ISLAM itu ini, PEMIMPIN INI tidak betul, SISTEM INI tidak betul, ITU INI TIDAK BETUL..TIDAK berlandaskan kepada SYARAK.. KITA SUKA kata yang AGAMA Lain sedang merancang untuk menjatuhkan kita.. MEDIA KITA tidak betul..YA SEMUA yang kita cakap MEMANG BETUL..

TAPI..APA yang AKU SUKA ingin kongsikan disini dari sebuah buku yang AKU SUKA baca.. BUKU ini AKU SUKA beli semasa DI MEKAH dulu..BUKU ini Bertajuk MISTERI SHALAT SUBUH nukilan Dr. RAGHIB AS- SIRJANI..

Dalam buku ini yang ditafsirkan kedalam bahasa INDONESIA.. Penulis ada menceritakan mengenai pengalaman beliau  ketika ia menghadiri satu majlis ceramah di tempat beliau. AKU SUKA kongsikan kata2 penceramah itu kepada SEMUA :


"MENGAPA UMAT ISLAM MENGALAMI KEMUNDURAN?"
"MENGAPA MEREKA MENGIKUT KONSEP HIDUP UMAT LAIN?"
"MENGAPA MEREKA MERENDAHKAN NILAI AGAMA MEREKA SENDIRI?"
"MENGAPA MEREKA MENJADIKAN MUSUH-MUSUH ISLAM SEBAGAI PEMIMPIN?"
"MENGAPA..??MENGAPA..??MENGAPA..??"

Dengan penuh bersemangat penceramah tersebut melemparkan Soalan2 yang menjadi beban kepada kita untuk kita pikirkan.. MENGAPA2??


HEBAT sungguh kata2 penceramah tadi yang bertujuan menegak SYIAR ISLAM.. ALHAMDULILLAH..Keesokan harinya..Pengarang mencari Penceramah tadi di SAUF-SAUF JEMAAH sewaktu solat subuh dimasjid..

PELIK..tidak kelihatan si penceramah tadi..MUNGKIN beliau mempunyai hal atau urusan yang mendadak..Keesokan nya dicari lagi si penceramah di waktu solat subuh..tapi hairan..masih tidak kelihatan..kemana perginya si penceramah ni..KECEWA si pengarang..

SI pengarang risau kuatirkan si penceramah di timpa musibah.. SI PENCERAMAH mungkin sakit..lalu si pengarang mencari penceramah di rumahnya..AKHIRNYA ketemu mereka..

PENGARANG : APA TERJADI??MUDAH-MUDAHAN MENJADI PENGHALANG ANDA SESUATU YANG BAIK..SAYA TAK NAMPAK ANDA WAKTU SOLAT SUBUH DI MASJID??

PENCERAMAH : MAAFKAN SAYA. SEMOGA ALLAH MENGAMPUNI SAYA DAN MENGAMPUNI ANDA. KEADAAN SAYA AGAK SIBUK..PAGI2 SAYA SUDAH MULA KERJA,SEMENTARA SAYA TIDUR AGAK TERLAMBAT..DAN ALLAH MAHA PENGAMPUN LAGI MAHA PENYAYANG..

Kata2 penceramah yang lantang menegakan SYIAR ISLAM waktu ceramahnya tadi menyebabkan PENGARANG TERDIAM..

AKU SUKA KONGSIKAN kata2 YANG SELALU KITA DENGAR YANG BERBUNYI lebih kurang seperti ini:

"KAMI TIDAK AKAN TAKUT DENGAN KAMU UMAT ISLAM SELAGI KAMU TIDAK BERSATUPADU..UKURAN PERPADUAN KAMU IALAH SOLAT SUBUH BERJEMAAH KAMU YANG SAUFNYA SAMA DENGAN SOLAT JUMAAT KAMU"

APA yang AKU SUKA dapat konklusikan disini..KITA BERCAKAP mengenai HAL-HAL keagamaan..KESILAPAN orang LAIN..TETAPI sebenarnya..ISLAM Itu akan kuat apabila kita mengubah diri kita sendiri..BAGAIMANA KITA NAK KUAT..kalau solat SUBUH kita hanya 2 sauf di masjid..kadang2 hanya satu SAUF..mana UMAT islam yang lain??

SYAHID di KATIL sebelum sempat berperang..KUAT kah kita..URUSAN dunia KITA tidak pernah selesai.. KITA yang menentukan HALATUJU ISLAM..bukan orang lain..RENUNGKAN SATU KISAH DIZAMAN RASULULLAH S.W.T.

RASULULLAH seorang insan yang sangat lembut hatinya seperti yang kita tahu.. TETAPI RASULULLAH sangat marah apabila seorang sahabatnya tidak DATANG SOLAT subuh Berjemaah DI MASJID..bukan tidak solat..solat..tetapi dirumah..RASULULLAH sangat marah sehingga mahu membakar RUMAH SAHABAT tersebut..

RENUNGKAN bertapa pentingnya solat SUBUH berjemaah di MASJID bagi RASULULLAH..di situlah terletaknya KEKUATAN ISLAM..SYIAR ISLAM..

TAPI KITA?? AKU SUKA mengingatkan diri AKU SUKA sendiri agar tidak leka dalam mengejar URUSAN DUNIA..dan MENGAMALKAN SOLAT FARDHU secara BERJEMAAH..inshaallah..
MARILAH..kita sama2 renungkan diri kita SENDIRI..AKU KUAT ISLAM KUAT..

AKU SUKA bukan nak melarang pembaca Untuk bercakap pasal HAL-HAL Ketuhanan ini..TAPI cerita ini dapat kita SAMA2 renungkan DEMI KEKUATAN ISLAM itu sendiri..

ALLAH SUKA..RASULULLAH SUKA..AKU SUKA..
sekian.

Jumaat, 25 Mac 2011

AKU SUKA DUGAAN

Salam semua..Alhamdulillah bertemu kita lagi dalam AKU SUKA..Kali ni AKU SUKA nak Kongsikan sebuah kisah yang menarik yang boleh kita FIKIR-FIKIRkan.



AKU SUKA diduga oleh ALLAH S.W.T dengan pelbagai dugaan..macam2 DUGAAN Mendatang..kadang2 down jugak ng dugaan nie..APA yang motivasikan AKU untuk kuat kembali?? Haaaa..kisah nie menarik untuk kita renung2kn dan motivasikan diri..

PADA ZAMAN bila tah..aku pn xtaw..hahaha..sebab nie cerita..hahaha..ADA seorang RAJA namanya AKU pn xtahu..dia ada seorang penasihat..AKU pn xtahu gak..APA YANG AKU TAHU ni??hahaha..AKU SUKA la nak tahu ka x??hahahaha..

RAJA : Wahai penasihat..Beta teringin nak makan EPAL..tolong carikan BETA sebiji EPAL..

PENASIHAT : Baik Tuanku..

Maka penasihat pn pergi dapatkan EPAL..(dapat mana pn xtahu)..
PENASIHAT : Ini dia EPALnya TUANKU..nanti patik hidangkan..

RAJA : XPERLU hidangkan..Bagi pisau kepada BETA..biar beta merasai NIKMAT mengupas KULIT EPAL ini sendiri..LEBIH sedap makan begitu..

PENASIHAT : Baik tuanku..

TIBA2 dalam keasyikan RAJA tersebut mengupas EPAL..pisau yang tajam itu terkena jari RAJA.. AKIBATNYA terputus jarinya..APA Lagi..riuh rendah laa ISTANA..

RAJA : CIS..celaka EPAL..sebab EPAL Nie laa Jari BETA putus..

MURKA sungguh RAJA tadi..yaa laa JARI putus 2..Lalu di tanya kepada PENASIHAT RAJA terbabit..

RAJA : PENASIHAT..apakah ini semua??adakah ADA bala yang akan mendatang??APAKAH ini tanda2nya??
PENASIHAT : SABAR tuanku, setiap sesuatu pasti ada HIKMAHNYA..

RAJA : APA kau cuba mempersendakan BETA..JARI beta putus nie..

PENASIHAT : ADA HIKMAHNYA TUANKU..

RAJA : CIS xguna kau..persendakan BETA..pengawal Tangkap dia..HUMBAN DIA di penjara dibawah TANAH..

MAKA penasihat tadi pn di humban ke penjara..KEMUDIAN si RAJA tadi datang melawat si PENASIHAT..

RAJA : Haahh..padan muka kamu sekarang..rasakan hukuman ini kerna persendakan beta..


PENASIHAT : ADA HIKMAHNYA TUANKU..PASTI..

RAJA : CISS..xguna..

RAJA pun pergi meninggalkan penasihat  dengan muka yang marah..SATU hari..RAJA ini ingin pergi keluar memburu di HUTAN..selalunya RAJA akan membawa PENASIHAT nya bersama..TAPI kini TIDAK lagi..RAJA MEMBAWA PENGAWAL2 dan PEMBESAR2 bersama..

TIBA disatu tempat di dalam HUTAN..tiba2 ROMBONGAN mereka diserang hendap..RAJA tertangkap dan semua pingiringnya LARI meninggalkannya..Alangkah MALANG NASIB si RAJA..

PUAK yang menangkap RAJA tersebut hendak menjadikan si RAJA sebagai sembahan tuhan mereka.. RAJA di ikat di sebatang kayu dan akan di BAKOR utk sembahan TUHAN mereka..

SEBELUM upacara bermula..datang TOK BATIN memeriksa SI RAJA..TOK BATIN berkenaan memeriksa seluruh anggota badan si RAJA..tiba2..

TOK BATIN : BATAL2..kita xboleh sembahkan dia..DIA Xsempurna..
Keadaan menjadi hinggar binggar..
BAKOR2..KITO BAKOR JE

TOK BATIN : DIA tidak sempurna..JARINYA kudung..TUHAN kita pasti marah jika kita KORBANKAN dia..

JADI raja td dibebaskan..DI pendekkan cerita..RAJA terus pergi berjumpa dengan PENASIHAT beliau yang diKURUNG tadi..

RAJA : Wahai PENASIHAT..betuk kata kamu yang ADA HIKMAHNYA JARI beta kudung..
RAJA menceritakan semuanya kepada PENASIHAT..

lalu PENASIHAT berkata

PENASIHAT : SETIAP sesuatu tu ADA HIKMAHNYA..Patik di kurung di dalam KURUNGAN ini pon ada HIKMAHNYA..

RAJA : kena KURUNG pn ada HIKMAHNYA ka??

PENASIHAT : ya tuanku, Kalau patik xda disini..pasti patik sudah mati..

RAJA : Kenapa??

PENASIHAT : ya la tuanku..patik selalu dengan tuanku..pasti patik juga akan turut DITANGKAP oleh Puak di hutan 2..PASTI patik yang akan dijadikan KORBAN menggantikan TUANKU..patik sempurna..xda cacat celananya..

RAJA : Btul2..TIAP2 SESUATU PASTI ADA HIKMAHNYA..

BEGITULAH kisah teladan yang AKU SUKA kongsikan dengan semua..MORAL of the story..Jangan rasa SETIAP benda buruk itu musibah..pasti ada HIKMAH baik disebaliknya..Dari cerita nie..kita dapat lihat JARI PUTUS dan DI KURUNG di penjara pon ada HIKAMHNYA..Bersihkan hati dan pandanglah dengan HATI yang SUCI..pasti anda akan nampak HIKMAHNYA..cuba renungkan..

ALLAH SWT tidak akan sesekali menzalimi makluknya..pasti ada perkara baik yang DIA nak bagi kat kita..AKU SUKA DUGAAN ALLAH..itu tanda ALLAH syg akan kita..INSHAALLAH..

ALLAH SUKA..RASULULLAH SUKA..AKU SUKA..

Rabu, 23 Mac 2011

AKU SUKA NAK BAGI TIPS BUAT DUIT

Salam semua..bertemu lagi kita..kini disini AKU SUKA berkongsi dengan kalian semua mengenai tips mudah menjana pendapatan..

Percaya atau tidak..marilah baca..TIPS ini AKU SUKA kongsikan dengan korang semua setelah aku dengar dan aku saksikan..

AKU SUKA kekayaan..selalu impikan kekayaan..aku nak mencari cara mendapatkan KEKAYAAN..lalu AKU SUKA bertanya dengan seorang USTAZ..USTAZ macam mana nak KAYA ni USTAZ..USTAZ pn bgtau aku itu dan ini..Amalkan itu dan ini..

Hurmmmmm..terdetik di HATI kecilku..USTAZ pon naik KANCIL ja..tak KAYA pon..SUBHANAALLAH.. Lantas AKU diketemukan dengan SEORANG Businessman..AKU jumpa dia DI MEKAH dulu..kami sama2 naik satu TEKSI masa nak pergi ke tanah HALAL nak niat UMRAH..

AKU SUKA kongsikan namaya sebagai SYED..peribadinya sangat baik masa aku bertemunya di MEKAH..Lantas di MALAYSIA aku menghubunginya..AKU SUKA berbual dengan dia..aku bertemunya di USJ..kedai MAMAK berhampiran..dengar sahaja USJ dah tau dah dia mesti KAYA..

SEKALI dia datang NAIK BMW daaa..orangnya sangat rendah diri..baik sangat..AKU SUKA bertanya padanya..apakah rahsia kejayaannya..TERKEJUT aku apabila TIPS yang diberikan sama sahaja dengan APA yang USTAZ berikan..SUBHANAALLAH..

Ini membuktikan yang REZEKI semua di tangan ALLAH..dia yang memberi segala-galanya..hebatkan..BERBALIK kepada TIPS-TIPS tadi..apa TIPS nya ya..mari AKU SUKA kongsikan disini..

Di petik dari http://ohislam.com/petua-murah-rezeki/

Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:

1. Menyempatkan diri beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu. (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.: “Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)
3. Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.: “dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)




4. Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang.Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya: “(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)

5.Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda: “Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani,al-Asybahani dan al-Hakim) Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.: “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.: “Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)

7. Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.: “Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)

8. Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.




9. Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata: “Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.

10. Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11 . Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda: “Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)


12. Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda s.a.w. bersabda: “Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13. Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad- Daruquthni dari Anas r.a.)

14. Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah

15. Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16. Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7). Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)

17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjernihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.
Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki. Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya `Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.

18. Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19. Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim). Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20. Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah. Firman-Nya: “Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya).” (At-Thalaq: 3) Nabi s.a.w. bersabda: “Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at- Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)
Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3) Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah , lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

ini lah dia TIPS-TIPS yang AKU SUKA kongsikan..
ALLAH SUKA..RASULULLAH SUKA..AKU SUKA...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...