Cari Blog Ini

Perniagaanku..Klik LIKE sebagai sokongan anda kepada saya

Jumaat, 11 Mac 2011

AKU SUKA CARA MASYARAKAT CINA BEIJING BUAT BUSINESS

alhamdulillah..aku diberi kesempatan oleh allah taala untuk melangkah jauh perjalanan ke ibu kota Republik China..Beijing..

Hebat sungguh Beijing..Hebat sungguh China..Hebat dengan sejarahnya..Hebat dengan rakyatnya..hebat dengan pembangunan nya..Hebat..hebat.. AKU SUKA..Patutlah ada hadis nabi yang berbunyi lebih kurang macam nie..klo nak menuntut ilmu itu biarlah sampai ke negeri Cina..

Tapi ada orang bagi tau aku..kita kat Malaysia nie bertuah..kenapa bertuah..ya la..nak menuntut ilmu xpayah2 susah2 pergi China..sebab Cina dah ada kat Malaysia..bertuahkan kita..jadi ambik lah peluang nie utk menuntut ilmu..

Ok balik ke cerita AKU SUKA cara masyarakat china beijing buat business..hebat..

Kenapa hebat? Sebab cara business diorang sgt hebat..alhamdulillah allah kurniakan aku otak yang buatkan AKU SUKA berfikir dan memerhati..

Apa yang aku nampak..aku nampak teknik perniagaan mereka..mari aku kongsikan..Cara orang cina beijing buat business..biasanya sebelum dia jual barang dia..dia akan AJAR pelanggan dia pasal produk dia dulu sebelum dia jual..bak kata orang putih.. "EDUCATE CUSTOMER BEFORE YOU SELL YOUR PRODUCTS"..

Contoh..kita hendak membeli mutiara..dia akan AJAR kita pasal mutiara dari A-Z selepas itu dia akan ceritakan smua pasal produk2 dia dengan penuh keikhlasan..memang menawan hati..

Teknik ini membuatkan pelanggan merasakan yang barang yang dijual adalah barang yang berkualiti..kenapa?ini rahsianya..pelanggan sudah terhutang budi dengan peniaga..dengan ilmu2 yang peniaga bagi..hebatkan?

Dari situ pelanggan xmampu nak menolak tawaran harga dari peniaga..pelanggan terhutang budi..jadi pelanggan akan membeli juga walaupun satu..hebatkan..EDUCATE CUSTOMERS..

Aku pernah mencuba teknik ini dan memang mengamalkan teknik ini..hasilnya amat berkesan..EDUCATE YOUR CUSTOMER sebelum anda menjual produk anda..pasti hasilnya membanggakan..Inshaallah..Apa yang aku buat ialah semasa aku hendak menjual produk aku seperti pakaian..

Biasanya pelanggan akan telefon aku untuk buat appoitment utk berjumpa..jadi semasa berjumpa..cara yang AKU SUKA gunakan ialah dengan mengajar pelanggan aku tentang produk aku..Biasanya..aku akan menceritakan mengenai CIRI-CIRI barangan aku..AKU SUKA menceritakan mengenai material yang ada di pasaran..Jenis-jenis..komposisi kain..Kebaikan-kebaikan..AKU SUKA berikan ilmu kepada pelanggan aku..

Kemudian aku biarkan pelanggan aku untuk buat keputusan..Dia sudah pandai..Dia sudah boleh menilai..sudah pasti dia tahu apa yang terbaik..AKU SUKA bila melihat dia bijak membuat pilihan..Kemudian  pelanggan akan lebih YAKIN dengan anda..INSHAALLAH pasti akan ada tempahan kepada anda walaupun anda ada pesaing kerana pesaing anda mungkin sekadar memberikan harga-harga barang..

INSHAALLAH..dengan izinya pasti ada REZEKI untuk anda..Jadi ingatlah EDUCATE CUSTOMERS anda dan ini yang di amalkan di sana..Tapi anda semestinya harus arif dan bijak dengan ilmu mengenai PRODUK anda..alah buat la RESEARCH sket2..hehehe..

Hebatkan..tapi harus diingat..berterus teranglah dengan pelanggan anda..tunjukan keikhlasan dan kejujuran anda dalam menjalankan perniagaan pasti pelanggan akan yakin dan percaya akan anda lalu membeli produk anda..

Inilah dia cara perniagaan yang ISLAM sarankan yang diguna pakai oleh pengganut agama lain tetapi kita tidak..maka dengan itu..ingatlah..AJAR PELANGGAN anda, IKHLASKAN HATI dan JUJURKAN ROHANI..inshaallah dengan izinnya segalanya akan menjadi baek..

Sekian saja dari aku
"ALLAH SUKA, RASUL SUKA, dan akhirnya AKU SUKA..

AKU SUKA BUSINESS

AKU SUKA buat business...aku sudah buat syarikat sendiri..perkongsian dengan abang aku..

Nama syarikat aku EMZI REKA..macam mana datangnya nama EMZI nie..EM = M..nama aku..Mohammad Faizal.. ZI= Z (british)..Nama abang aku Zaiddy..nama bapa aku pun Z juga.. Zainon..Maka terjadilah EMZI..


Syarikat EMZI REKA ni dah ditubuhkan selama 3 tahun..iaitu sewaktu aku belajar di UiTM.. tanggal 1 jun 2009 aku mendaftarkan perniagaan aku ni di SSM sungai petani..

Pada awal penubuhan syarikat ini..syarikat aku hanya mengfokuskan pada bidang-bidang pakaian dan pengiklanan.. Syarikat yang AKU SUKA ini menerima banyak tempahan pakaian di IPT-IPT dan juga jabatan2 kerajaan dan swasta.. Perniagaan ini benar-benar AKU SUKA sebab menjana pendapatan kepada aku bagi menyara hidup aku semasa aku belajar dulu..

Kini EMZI REKA melangkah ke satu lagi bidang baru iaitu bidang pengedaran bahan-bahan binaan dan jentera-jentera selari dengan jurusan pembelajaran aku di UiTM iaitu kejuruteraan Awam..

Setelah aku berhenti kerja..aku kini fokus ke bidang yang AKU SUKA ini dengan mengsistemkan syarikat aku dengan pengalaman2 semasa bekerja untuk menjadikan perniagaan ku kini lebih efficient..Syarikat aku ada WEBSITE : http://www.emzi.com.my/

Walaubagaimanapun..Pengalaman mengajar aku untuk berniaga dengan penuh keikhlasan dan ketelusan..jangan sekali-kali menipu pelanggan..kerna nanti anda mesti pening xtaw nak pusing macam mana dah..INGAT..Buat apa yang kita suka..TAPI jangan MENIPU..

Bekerja lah dengan ikhlas..Niatkan berniaga kerana ALLAH taala..Ikut Sunnah Rasulullah..Bila untung lebih bersyukurlah..Anda akan membayar ZAKAT lebih dan ini dapat membantu Umat Islam yang lain..INGAT segalanya datang dari ALLAH S.W.T..dia yang memberikan segala-galanya..

Aku kini cuba buat apa yang AKU SUKA..aku juga nak apa yang aku buat ALLAH SUKA..Inshaallah dengan izin darinya maka melimpah ruahlah rezeki buat ku.. Pesanan dari USTAZ aku semasa di MEKAH dulu.. Amalkan solat DHUHA..kerna disitu terdapat rahsia kejayaan dan kelimpahan rezeki..tapi jangan dikejar amalan sunat tetapi amalan wajib di tinggalkan..jangan dikejar kekayaan dunia hingga kekayaan kekal diakhirat dilupakan..

Insyaallah ada rezekinya..ALLAH MAHA KAYA..Usaha yang setimpal menjanjikan habuan yang setimpal.. INSHAALLAH..Sekian..
"ALLAH SUKA, RASUL SUKA..akhirnya AKU SUKA"

Buat Pertama Kalinya

 

alhamdulillah.. dipanjatkan kesyukuran kehadrat Ilahi kerna dengan izinnya buat pertama kali aku diberi peluang untuk mempunyai blog sendiri..

Idea untuk mewujudkan blog sendiri ini timbul apabila merasakan penting untuk berkongsi ilmu dan bertanya pendapat ramai mengenai isu-isu semasa dan sebagainya..
Blog ni aku buat sebab aku rasa setiap org ada apa
yang dia suka..aku ada apa yang AKU SUKA..dan aku akan buat apa yang AKU SUKA..

Kini AKU SUKA dengan apa yang aku buat.. Aku baru sahaja beberapa minggu berhenti kerja Sebagai Project Planner utk sebuah syarikat GLC kerana ingin buat apa yang AKU SUKA..

Memang ramai yang membangkang apa yang aku buat..ada yang terkejut..ada yang kata aku rugi..ada yang kata aku gelojoh..ada yang kata aku bodoh..tapi apa yang aku buat adalah apa yang AKU SUKA..

So kini aku menjalankan perniagaan sendiri dan menjalankan rutin harian seperti yang AKU SUKA.. Blog ini boleh dijadikan ruang dan peluang untuk aku kongsikan apa yang AKU SUKA dan mungkin korang pn akan cakap AKU SUKA juga..

Akhir kata..Kita hanya merancang..yang menentukan hanya ALLAH S.W.T..jadi buatlah apa yang kita suka dan ALLAH SUKA.. Inshaallah hidup akan diberkati..

"BILA ALLAH SUKA..RASUL SUKA..dan akhir sekali AKU SUKA"

wasalam..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...