Cari Blog Ini

Perniagaanku..Klik LIKE sebagai sokongan anda kepada saya

Jumaat, 11 Mac 2011

AKU SUKA CARA MASYARAKAT CINA BEIJING BUAT BUSINESS

alhamdulillah..aku diberi kesempatan oleh allah taala untuk melangkah jauh perjalanan ke ibu kota Republik China..Beijing..

Hebat sungguh Beijing..Hebat sungguh China..Hebat dengan sejarahnya..Hebat dengan rakyatnya..hebat dengan pembangunan nya..Hebat..hebat.. AKU SUKA..Patutlah ada hadis nabi yang berbunyi lebih kurang macam nie..klo nak menuntut ilmu itu biarlah sampai ke negeri Cina..

Tapi ada orang bagi tau aku..kita kat Malaysia nie bertuah..kenapa bertuah..ya la..nak menuntut ilmu xpayah2 susah2 pergi China..sebab Cina dah ada kat Malaysia..bertuahkan kita..jadi ambik lah peluang nie utk menuntut ilmu..

Ok balik ke cerita AKU SUKA cara masyarakat china beijing buat business..hebat..

Kenapa hebat? Sebab cara business diorang sgt hebat..alhamdulillah allah kurniakan aku otak yang buatkan AKU SUKA berfikir dan memerhati..

Apa yang aku nampak..aku nampak teknik perniagaan mereka..mari aku kongsikan..Cara orang cina beijing buat business..biasanya sebelum dia jual barang dia..dia akan AJAR pelanggan dia pasal produk dia dulu sebelum dia jual..bak kata orang putih.. "EDUCATE CUSTOMER BEFORE YOU SELL YOUR PRODUCTS"..

Contoh..kita hendak membeli mutiara..dia akan AJAR kita pasal mutiara dari A-Z selepas itu dia akan ceritakan smua pasal produk2 dia dengan penuh keikhlasan..memang menawan hati..

Teknik ini membuatkan pelanggan merasakan yang barang yang dijual adalah barang yang berkualiti..kenapa?ini rahsianya..pelanggan sudah terhutang budi dengan peniaga..dengan ilmu2 yang peniaga bagi..hebatkan?

Dari situ pelanggan xmampu nak menolak tawaran harga dari peniaga..pelanggan terhutang budi..jadi pelanggan akan membeli juga walaupun satu..hebatkan..EDUCATE CUSTOMERS..

Aku pernah mencuba teknik ini dan memang mengamalkan teknik ini..hasilnya amat berkesan..EDUCATE YOUR CUSTOMER sebelum anda menjual produk anda..pasti hasilnya membanggakan..Inshaallah..Apa yang aku buat ialah semasa aku hendak menjual produk aku seperti pakaian..

Biasanya pelanggan akan telefon aku untuk buat appoitment utk berjumpa..jadi semasa berjumpa..cara yang AKU SUKA gunakan ialah dengan mengajar pelanggan aku tentang produk aku..Biasanya..aku akan menceritakan mengenai CIRI-CIRI barangan aku..AKU SUKA menceritakan mengenai material yang ada di pasaran..Jenis-jenis..komposisi kain..Kebaikan-kebaikan..AKU SUKA berikan ilmu kepada pelanggan aku..

Kemudian aku biarkan pelanggan aku untuk buat keputusan..Dia sudah pandai..Dia sudah boleh menilai..sudah pasti dia tahu apa yang terbaik..AKU SUKA bila melihat dia bijak membuat pilihan..Kemudian  pelanggan akan lebih YAKIN dengan anda..INSHAALLAH pasti akan ada tempahan kepada anda walaupun anda ada pesaing kerana pesaing anda mungkin sekadar memberikan harga-harga barang..

INSHAALLAH..dengan izinya pasti ada REZEKI untuk anda..Jadi ingatlah EDUCATE CUSTOMERS anda dan ini yang di amalkan di sana..Tapi anda semestinya harus arif dan bijak dengan ilmu mengenai PRODUK anda..alah buat la RESEARCH sket2..hehehe..

Hebatkan..tapi harus diingat..berterus teranglah dengan pelanggan anda..tunjukan keikhlasan dan kejujuran anda dalam menjalankan perniagaan pasti pelanggan akan yakin dan percaya akan anda lalu membeli produk anda..

Inilah dia cara perniagaan yang ISLAM sarankan yang diguna pakai oleh pengganut agama lain tetapi kita tidak..maka dengan itu..ingatlah..AJAR PELANGGAN anda, IKHLASKAN HATI dan JUJURKAN ROHANI..inshaallah dengan izinnya segalanya akan menjadi baek..

Sekian saja dari aku
"ALLAH SUKA, RASUL SUKA, dan akhirnya AKU SUKA..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...