Cari Blog Ini

Perniagaanku..Klik LIKE sebagai sokongan anda kepada saya

Jumaat, 11 Mac 2011

AKU SUKA BUSINESS

AKU SUKA buat business...aku sudah buat syarikat sendiri..perkongsian dengan abang aku..

Nama syarikat aku EMZI REKA..macam mana datangnya nama EMZI nie..EM = M..nama aku..Mohammad Faizal.. ZI= Z (british)..Nama abang aku Zaiddy..nama bapa aku pun Z juga.. Zainon..Maka terjadilah EMZI..


Syarikat EMZI REKA ni dah ditubuhkan selama 3 tahun..iaitu sewaktu aku belajar di UiTM.. tanggal 1 jun 2009 aku mendaftarkan perniagaan aku ni di SSM sungai petani..

Pada awal penubuhan syarikat ini..syarikat aku hanya mengfokuskan pada bidang-bidang pakaian dan pengiklanan.. Syarikat yang AKU SUKA ini menerima banyak tempahan pakaian di IPT-IPT dan juga jabatan2 kerajaan dan swasta.. Perniagaan ini benar-benar AKU SUKA sebab menjana pendapatan kepada aku bagi menyara hidup aku semasa aku belajar dulu..

Kini EMZI REKA melangkah ke satu lagi bidang baru iaitu bidang pengedaran bahan-bahan binaan dan jentera-jentera selari dengan jurusan pembelajaran aku di UiTM iaitu kejuruteraan Awam..

Setelah aku berhenti kerja..aku kini fokus ke bidang yang AKU SUKA ini dengan mengsistemkan syarikat aku dengan pengalaman2 semasa bekerja untuk menjadikan perniagaan ku kini lebih efficient..Syarikat aku ada WEBSITE : http://www.emzi.com.my/

Walaubagaimanapun..Pengalaman mengajar aku untuk berniaga dengan penuh keikhlasan dan ketelusan..jangan sekali-kali menipu pelanggan..kerna nanti anda mesti pening xtaw nak pusing macam mana dah..INGAT..Buat apa yang kita suka..TAPI jangan MENIPU..

Bekerja lah dengan ikhlas..Niatkan berniaga kerana ALLAH taala..Ikut Sunnah Rasulullah..Bila untung lebih bersyukurlah..Anda akan membayar ZAKAT lebih dan ini dapat membantu Umat Islam yang lain..INGAT segalanya datang dari ALLAH S.W.T..dia yang memberikan segala-galanya..

Aku kini cuba buat apa yang AKU SUKA..aku juga nak apa yang aku buat ALLAH SUKA..Inshaallah dengan izin darinya maka melimpah ruahlah rezeki buat ku.. Pesanan dari USTAZ aku semasa di MEKAH dulu.. Amalkan solat DHUHA..kerna disitu terdapat rahsia kejayaan dan kelimpahan rezeki..tapi jangan dikejar amalan sunat tetapi amalan wajib di tinggalkan..jangan dikejar kekayaan dunia hingga kekayaan kekal diakhirat dilupakan..

Insyaallah ada rezekinya..ALLAH MAHA KAYA..Usaha yang setimpal menjanjikan habuan yang setimpal.. INSHAALLAH..Sekian..
"ALLAH SUKA, RASUL SUKA..akhirnya AKU SUKA"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...